Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan
hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang
mudah. Bunga ros jepun mempunyai banyak warna antaranya merah jambu, merah
terang, putih , kuning-pelbagai tona warna, ungu dan oren, peach. terdapat
juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia
merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros
dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh
dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika
mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang
sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar
menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
|
|
Kegunaan dalam perubatan:
|
|
Daunnya boleh digunakan untuk merawat
luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
|
All About Ros Jepun
Nama tempatan: Ros Jepun, Moss-rose, Moss-rose Purslane, Time Fuul, Bunga Pukul 9, Bunga pukul 10
Nama saintifik: Portulaca grandiflora
Family: Portulacaceae
Serba sedikit tentang Ros Jepun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment