All About Ros Jepun

Nama tempatan: Ros Jepun, Moss-rose, Moss-rose Purslane, Time Fuul, Bunga Pukul 9, Bunga pukul 10

Nama saintifik: Portulaca grandiflora

Family: Portulacaceae

Rose Jepun set basic/klasik

Rose Jepun set basic/klasik mempunyai daun yang tirus dan bunga yang berlapis-lapis. Saya katakan basic atau klasik kerana rose jepun ini adalah jenis yang biasa ditanam oleh peminat bunga. Mempunyai 8 jenis warna, merah, pink, dark pink, putih, putih belang pink (maybe vice versa), oren, kuning dan peach. Jenis ini sangat tahan lasak dan tidak mudah lecur apabila terkena hujan. Ia akan mempunyai bunga yang agak besar jika terkena pancaran matahari yang terik. Jom layan gambar RJ klasik putih, oren dan kuning ni:




Serba sedikit tentang Ros Jepun

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Bunga ros jepun mempunyai banyak warna antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning-pelbagai tona warna, ungu dan oren, peach. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Kegunaan dalam perubatan:
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Warna-Warni


Pembuka kata

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.t.b,

Terbuka hati nak buat blog tentang Bunga Ros Jepun (RJ) kerana minat yang mendalam terhadap bunga ni...Setiap pagi tak sah kalau tak menenung RJ. Jiran pun bertanya, kenapa bunga ni jer? Sebab saya tak minat dengan bunga lain, itulah sebabnya. RJ mempunyai pelbagai jenis dan warna. Bunga ini dikenali dengan pelbagai nama. Ramai yang dah kenal, mungkin ada juga yang tak kenal lagi...ni salah satunya, favourite saya..Warna peach...

Cantikkan....